Tag Archive | reNungan

Entri Lewat …

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)..

>>>Sumber www.islam.gov.my..

Juga bersamaan dengan 17 Ramadan 1431, 27 Ogos 2010 arwah datuk cik lily selamat dikebumi lebih kurang jam 11 lebih pagi..Al-Fatihah tuk arwah atuk..Menurut mak kpd cik lily hanya 4orang cucu arwah atuk yg xbalik..2org di Sabah n Sarawak, sorang di Selangor n sorang lagi adlh cik lily..hurm..xpela..doa dari jauh je tuk kesejahteraan arwah..Hurm da azan subuh pun..Sampai sini dulu kwn2 cik lily sume..Jumpe lg nt..

Advertisements

LiRik LiRiH

Raihan – Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu Syukur ku
hanyalah milik Mu..

 

Ramadhan..mendekatkan kita lagi kepadaNya…harap cik lily juga begitu..

Nikmat Ketika Sakit…

Apabila kite ditimpa sakit, sakit itu akan menybbkn kita rase xselesa..Hurmm betul kan sume???..Akan mmnybbkn kita lemah, hilang selera makan. Selain tu kita xbebas nk melakukn sbrg aktvti..rase nk mjerit je kalu teramat sakit..mcm cik lily tgk arwah ayah cik lily..Kanser tu mybbkn arwah ayah cik lily xlalu mkn…Bnyk kali arwah mngadu teramat sakit..cik lily dan keluarga hanya mampu menuturkan perkataan sabar je tuk arwah..Tp alhamdulillah apabila hmpr nk smpi mase arwah ayah cik lily x rase sakit pn..Bile tnye.Xsakit pun katenye..Mngkn mase arwah da smpi..Al-Fatihah tuk arwah abah.I MISS U SO MUCH

Ditimpa pnyakit merupakan satu ujian bagi sesorg tu..Xkira la cume dmm je atau shngga pnykit yg tidk bleh smbh..Sumenya adlh ujian ALLAH kepada umatNya agar dpt dikenlpasti siapa di kalngn hamba2Nya yg sabar disaat dtmpa musibah..Sbg muslim yg sejati, kita semua spptnya tidak hanya gmbra apabila mndpt kesengn tp jugk ketika menerima musibah kite hndklah redha dan brsabar..

Rasulullah SAW bersabda : “Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan menimpa dirinya dianggap sebagai sesuatu kebaikan bagi dirinya..Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapun kecuali orang yang beriman.Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar,maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan pada dirinya.”(Hadis riwayat Imam Muslim)

Maka oleh itu,sifat sabar ketika ditimpa apa jua pnykit merupakan antara  ciri-ciri golongan yang beriman.Kerana kesabaran itu akan mendatangkan kebaikan berupa ganjaran daripada ALLAH kepada hambaNya yang taat.

Rasulullah SAW bersabda : ” Tidaklah seorang muslim ditimpa sakit melainkan dengannya ALLAH akan mengugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana daun pohon yang berguguran.(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Bagi mereka yang bersabar ketika kesihatan mereka terganggu nescaya ia akan dicatat sebagai satu amalan mulia yang berhak mendapat pahala dan darjatnya disisi ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda : “Tidaklah seorang mukmin yang terkena sesuatu penyakit meskipun hanya pada uratnya sahaja, melainkan ALLAH akan menghapuskan dosa-dosanya dengan penyakit tersebut, akan dicatatkan baginya satu kebaikan dan diangkat darjatnya.” (Hadis riwayat Imam Thabarani)

Apabila ditimpa ujian, sering kali ia dapat menyedarkan manusia akan nikmat ALLAh berikan kepadanya ketika sihat dan apabila lemah ia akan menjadi insaf kerana tidak mampu menahan musibah bebanding keangungan ALLAH SWT.Begitulah kasih sayang ALLAH yang tidak mahu hambaNya terus dalam kelalaian.

Subhanallah..Alhamdulillah..Sudah banyak nikmat yang kita rase di muka bumi..Adakah kita lupa dalam melafazkan kesyukuran kita..Sama2lah kita semua ingt mengingati..

sumber : majalah ILUVISLAM..