Tag Archive | insaf

cuti sakit 2011

hurmm manusia perlu rehat

setekun mana pun dia bekerja

apabila tiba masanye

dia perlu berehat..

tapi adakah bila kita sakit baru kita harus rehat??..

tapi kalau tidak sakit

tak kan lah kite nak sesuka hati nak amik cuti..

sebab cuti kan tu amat bernilai

berguna bile ade kecemasan atau untuk ape2 hal yang penting..

tapi setelah dapat cuti sakit

baru kita sedar

tubuh badan anggota badan kita sgt bernilai…

kalu xjaga kesihatan itulah akibatnye..

tp Alhamdulillah kerana sesungguhnya penyakit

itu adalah penghapus dosa kita..

~~ bila mataku terkena panahan  Abacterial Conjugtivitis..

Anak solehah

Sifat anak yang soleh mentaati ibu dan ayah;
Tidak membantah malah mentaatinya;
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah;
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara;
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa;

anak-anak solehah

 

Hormat pada yang tua, kasih pada yang muda;
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga;
Hidupnya rajin berusaha;
Tidak pernah berputus asa;
Di dalam kehidupan peuh pancaroba;

Tiada cinta di hatinya hanyalah cinta Allah;
Ada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah;
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu dan ayah;
Hormat-menghormati sesama insan berbudi;
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi;
Itulah antara sifat anak-anak solehah….

sumber : buku hadiah buat muslimah

Merdeka 53 tahun..

Salam sejahtera semua..Selamat hari lahir ke 53 tuk sape2 yg bekenaan dan selamat hari merdeka MALAYSIA..Diucapkan moga umur yang panjang ini diberkati oleh Sang Penciptanya..Sana sini bunyi percikan bunga api..Menandakan ada sambutan diadakan..Xsalah menyambut cuma yang diharapkan agar ingatan ini memberi kesedaran kepada kita semua bahawa sejarah itu memangkin perubahan kita..tanpa sejarah kita xtau asal usul kita..sejarah membawa kita ke hadapan..Membawa kita berubah dari satu tahap ke tahap yang lebih baik..bukan hanya sebagai satu sambutan sahaja yang wajib dirai tanpa memahami disebalik sambutan itu..disabalik keraiannya..seperti temanya 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI..konsep yang dilaung2kan tuk kita fahami..tuk kita terapkan..diharapkan membantu dalam memakmurkan lagi negara Malaysia..

Moga kita semua bersama2 dlm membangunkan negara kita..bersama2 meningkatkan lagi kemajuan negara kita..tapi jgn smpi kita alpa dlm mengejar arus permodenan..leka dan hanyut..sampai akhirnya kita ditindsi sekali lagi..dan jgn kita lupa akan mereka yang tidak bernasib baik..alangkah lebih indah sesuatu kegembiraan itu dikongsi bersama2..serta ingatlah segala perngorbanan insan terdahulu yang berusaha memerdekakan kita..Salam Kemerdekaan untuk semua..

malaysia-bendera-jalur-gemilang

Dan cik lily juga mengharapkan rakan2 cik lily agar bersabar untuk ‘merdeka’ ye..:)..perjuangan kita belum berakhir..selamat berjuang di medan peperangan ye kawan2 semua..Insyaallah mudahan Allah permudahkan semuanya..berdoa dan berserah la kepadaNYA…kepada kawan2 yg dah balik..semoga perjalanan kita semua dirahmati Allah..Insyaallah..

Entri Lewat …

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)..

>>>Sumber www.islam.gov.my..

Juga bersamaan dengan 17 Ramadan 1431, 27 Ogos 2010 arwah datuk cik lily selamat dikebumi lebih kurang jam 11 lebih pagi..Al-Fatihah tuk arwah atuk..Menurut mak kpd cik lily hanya 4orang cucu arwah atuk yg xbalik..2org di Sabah n Sarawak, sorang di Selangor n sorang lagi adlh cik lily..hurm..xpela..doa dari jauh je tuk kesejahteraan arwah..Hurm da azan subuh pun..Sampai sini dulu kwn2 cik lily sume..Jumpe lg nt..

Hati Ini Sayu…

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah kita semua da masuk fasa kedua bulan Ramadan iaitu fasa pengampunan..Camne dgn ibadah puasa kwn2 cik lily semua..Dah de yg tnggl puasa…??..Sengaja atau disengajakan…hurm..

Actully hati ini sayu..sayu sbb kerinduan kepada arwah abah cik lily..sob..sob..Tambah2 arini cik lily dpt lg berita ttg kematian datuk cik lily..Innalillah..Semoga arwah datuk cik lily dirahmati ALLAH..Menurut kakak cik lily arwah atuk meninggal petang 26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadan 1431 kt Hospital Kuala Lipis..Cik lily kali terakhir jumpe dgnnya masa cuti sem hari tu..Keadaannya yg sihat wpun dah tua..umurnya dah 85tahun..Sedihnya…Tahun ni dua org yg disayangi telah pergi..Huhuhu…

Wpun cik lily sekuarga n family pakcik kat Lipis xdpt nk mnje dgn arwah atuk spt cucunya yg lain..Sbb arwah dijaga oleh makcik yg xbape nk makcik..Makcik yg macam datin..huh…Tp kami semua sayang arwah..Ingt lg masa kecik2 dulu arwah sll blanja aiskrim, bwk g sarapan kt kdai pg2..Bila besar xde sgt kenangan sbb dibawa pergi jauh dari kami sume..Tp cik lily syukur sbb di akhiran hayatnye kami dpt bjumpe dgn arwah atuk.. Ingt lg masa kami jumpe baru2 ni, arwah atuk menangis dpn kami dan mintk maaf sbb xdpt gie masa arwah abah meninggal aritu..Sob..Sob..Dgr cite family pakcik kt lipis besama family pakcik yg kt kg yg kerap jg arwah semasa arwah dimasukkan ke hospital ..Terima kasih pakcik,makcik, kakak2 n adik2 semua ye..Sayang korang..Mak n akak cik lily balik ujung mggu je tuk tgk arwah dihospital..Dan sekarang diorg sume da odw balik kg tuk urus segala2nya..Cik lily je xdpt balik..huhuhu…

Arwah atuk meninggal setelah empat bulan arwah abah cik lily pergi..Al-Fatihah..Semoga roh arwah abah,arwah atuk, arwah makcik dan arwah sedara mara cik lily termasuk dalam golongan orang yang beriman..Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa mereka.Tempatkanlah mereka disisi mu Ya ALLAH..Amiin..

.JuMaaT Yg TenaNG..

Alhamdulillah syukur pd ALLAH..cik lily dpt lg merasa nikmat kehidupan setelah bgn dr tdo..bermula lg episod kehidupan yg baru..semga sentiasa lalui dgn keberkatan..kebiasaannya ujung mggu cik lily akn sambg tdo setelah subuh..arini sgr plak..siap bfast roti bakar lg..agaknye penangan bgn awal 5 hari bekursus kot..jd terbiasa plak x tdo pg..habis je solat ingt nk samb tdo tp xnk pun tido..romate smntare cik lily da pg  joging bsame2 team nye kul 7 td..skrg ni kt pdg kot tgh training..hurmm udm bleh..hehehe..cik lily plak yg bsmgt yer..cuaca pagi ni pun sgt mdamaikan..sejuk je..bnyk ari cuaca panas..hope xde la ujan lg..sush cik lily nk basuh baju..hehehe..mak abah akak wat ape la skrg ni..rindunye nk balik..

sedikit petikan yg dipetik dari utusan malaysia 11/dec/2009 :-

Ucapan syukur dan takjub pada nikmat Allah

SEMUANYA adalah kehendak Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. (al-Kahfi: 39)

Keterangan Ayat

Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melihat sesuatu yang mengagumkan, maka hendaklah dia membaca ayat di atas ini. Nescaya dia tidak akan memudaratkannya.” (riwayat Ibnu Sunni)

Al-Imam Abu Muhammad al-Qadhi al-Hussein menceritakan dalam kitabnya al-Taliq Fil Mazhab bahawa, pada zaman dahulu, seorang nabi yang merasa kagum dengan bilangan umatnya yang ramai lalu dalam sekelip mata seramai 70,000 umatnya telah meninggal dunia.

Lantaran itu, Allah SWT telah mewahyukan kepadanya: “Jika kamu meminta perlindungan Allah dengan membaca doa seperti di atas tentulah Allah akan memelihara mereka.”

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, amatlah dituntut ke atas setiap individu yang merasa kagum terhadap nikmat Allah yang dianugerahkan kepadanya seperti kebun, tanah, rumah, harta, keluarga dan anak-anaknya agar membaca doa ini. Semoga dipelihara Allah daripada segala bencana. (al-Wabil al-Sayyib, Bab Zikir dan yang dibaca untuk terus mendapat nikmat)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Amalkan membaca ayat di atas apabila melihat sesuatu yang mengagumkan agar terpelihara daripada kejahatan mata yang tidak disengajakan. (Fathul Bari, baba Memohon Perlindungan Allah daripada Mata yang Jahat. Al-Azkar, Bab Apabila Melihat Sesuatu Yang Menakjubkan pada Diri, Anak atau Harta, Lalu Dia Merasa Takut akan Pandangan Mata yang Jahat)


Subhanallah..yang baik itu dari ALLAH..yang khilaf itu dari hamba yang xseberapa..